Friday, 26 April 2013

surat untuk Adam

maafkan aku wahai Adam..
kadang kala aku tak mampu menjaga sopanku untuk mu
tidak menjaga tutur kata ku
tidak berlemah lembut dengan mu

sengaja aku lakukan itu
kerana aku tidak ingin benarkan hatiku disakiti oleh mu lagi
tidak mahu dibiarkan luka merebak sehingga sukar untuk dirawat

aku tidak kisah andai kau menjauhi aku
daripada aku terus membiarkan dirimu terus hipokrit memberi harapan palsu
bermain kata, dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kami sebagai wanita
yang mana hati kami mudah terusik
kerna kami dijadikan dari tulang rusukmu wahai adam
yang sepatutnya dilindungi.. dikasihi..
andai tidak mampu kau melindungi, berilah kesempatan pada kaum sejenismu yang layak untuk mengambil tanggungjawab itu..

hasil nukilan termenung di dalam bilik karel bersama encik tesis ^_^

No comments:

Post a Comment